IVAC 2006 May in Za'ba Residential College, Universiti Malaya :) Please move mouse on photo for captions and click on the + sign to increase movement of slide.

Monday, November 27, 2006

      Selamat Datang ke Blog Persidangan AIDS Antara Varsiti (IVAC)

Selamat Datang ke blog Inter-Varsity AIDS Conference! :)
Kami berharap anda akan bersuka-ria sementara melayari blog ini :)

Tahukah anda apa IVAC?
:)

IVAC merupakan singkatan kepada:
I = Inter
V = Varsiti
A = AIDS
C = Conference

ataupun dengan kata lain, Persidangan AIDS Antara Varsiti.

Photobucket - Video and Image Hosting
Ini merupakan logo IVAC :)

IVAC atau dikenali sebagai Inter-Varsity AIDS Conference merupakan sebuah aktiti tahunan yang dianjurkan oleh Kolej Kediaman Ke-7 (Kolej Kediaman Za'ba), Universiti Malaya.

Di antara objektif IVAC adalah untuk meningkatkan kesedaran berkaitan HIV/AIDS di kalangan remaja supaya mereka tidak memandang serong dan berprejudis terhadap mereka yang hidup dengan HIV/AIDS (People Living with HIV/AIDS or PLWHA).

Pelbagai aktiviti seperti permainan interaksi, forum, lakonan watak, syarahan dan lain-lain bakal diadakan untuk menjadikan proses pembelajaran ini menarik!

Pada tahun ini, mahasiswa dari IVAC (Universiti Malaya) akan bergabung dengan mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) di bawah Kelab Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM untuk mengadakan konferens ini di Kolej Kediaman ke-17, UPM, Serdang.

Anda SEMUA dijemput untuk menghadiri persidangan IVAC di Universiti Putra Malaysia (UPM) ! :)

Tarikh : 2hb Februari hingga 4 hb Februari 2007
Tempat : Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia
Bayaran : RM 40 (termasuk tempat tinggal, makanan dan pengangkutan)


Untuk maklumat lanjut, sila menghantar email anda ke
ivac7rc@gmail.com.

" Keprihatan anda membawa Perubahan! "
:)

Jumpa di sanaaaaaaaaaaaaaaaa !

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home